"Tak Popular Lepas Kahwin Itu Normal" - Norman Hakim

norman dan memey
PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim menganggap popularitinya yang semakin menurun selepas mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September tahun lalu adalah satu kitaran hidup normal bagi seseorang selebriti.

Norman berkata, hal tersebut juga pernah terjadi kepada perkahwinannya terdahulu dengan bekas isteri, Abby Abadi, dan ia bukanlah satu perkara yang pelik.

"Pada pendapat saya, meraih populariti adalah sebahagian daripada putaran kehidupan di mana seorang selebriti itu boleh berada di atas dan bawah pada bila-bila masa sahaja.

"Ia juga boleh dikira sebagai satu rutin dan perjalanan industri hiburan tempatan. Saya terima tentang hal itu.

"Biasalah, sebelum berkahwin, macam-macam spekulasi tentang hubungan saya dan Memey dan apabila sudah berkahwin, kiranya kontroversi dah selesai," katanya.

Tambah Norman, dia dan Memey kini lebih selesa menjalani kehidupan dengan menguruskan hal rumah tangga dan kesibukan kerjaya.

"Lagipun, kami tidak ada apa pun untuk diceritakan, melainkan menghadiri majlis-majlis yang dijemput.

"Bagaimanapun ia juga menunjukkan satu kematangan bagi kami sebagai selebriti. Yang penting kita ingat keluarga dan Tuhan, Insya-Allah, rezeki sentiasa ada.

"Dan Alhamdulillah tawaran kerja yang diterima masih lagi konsisten, tidak kurang ataupun lebih," ujarnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bahang Akhirat, arahan Rashid Sibir.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Memey yang mungkin sudah berbadan dua, Norman berkata, mereka masih lagi belum mempunyai rezeki.

Dia dan Memey hanya berserah kepada Tuhan dan enggan merancang tentang kesesuaian masa bagi mendapatkan anak.

"Setakat ini kami belum ada rezeki lagi untuk memiliki anak. Sekiranya ada, sudah pasti saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua," katanya.

Sementara itu, Norman bakal muncul di slot Senda Pagi TV3, menerusi drama Esah Pajero yang akan disiarkan pada bulan hadapan.
The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

[Gambar] Hantaran Perkahwinan Natasha Hudson


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2012: Selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan penuh ringkas tetapi bermakna, pelakon cantik Natasha Hudson kini menjadi milik cinta hatinya Carleed Khaza.

Telah dinikahkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta, di sini sekitar jam 12 tengah hari, Natasha telah menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa kek, sireh junjung, Al-Quran dan haruman.

Manakala Natasha Hudson telah menyediakan hantaran sebanyak tujuh dulang seperti haruman, sepersalinan baju, cincin, kek, sejadah, Al-Quran digital dan sireh junjung.











The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

OMG! Haram Bernikah Dengan Gadis Satu Kampung




HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!! 

Haram menikahi gadis satu kampung. 

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003: "HARAM
 HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" 

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. 

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. 

Inilah isi wawancara tersebut: 

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? 
Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..........!!! 




The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

10 Perkara Memeranjatkan Di Dalam Sesuatu Perkahwinan


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata." 

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

Ketahui 44 Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin



kpd kengkawan yg bakal menjadi pengantin tak lama lagi and yang merancang
untuk kawin tak lama lg.. untuk renungan bersama.. 44 pantang larang bakal pengantin!

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat


The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

Adab-Adab Persetubuhan @ Jima' Dalam Islam



Perkara-perkara penting ketika melakukan persetubuhan @ jima'

1.  Bertaubat  dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri      dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya  memohon taubat kepada  Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.  Diharapkan pertemuan buat kali pertama,  ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan  baru yang  dapat  mengabdikan diri kepada Allah.

2.  Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya :  "Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik  tempat masuk dan tempat keluar ini.  Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah."

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut.

3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka.  Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.  Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.

Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka  daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka.  Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka.  Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4.  Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira  dan mesra.

5.      Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم  إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya :   Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.  Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan  seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.


Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa


Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan)  atau pun sedang kelaparan.

Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.



- Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.  Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

- Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,  sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki.   Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh

Di dalam riwayat Abu Daud :  “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :  “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.


Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan.  Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: "Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan  dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan."

Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah;  “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“  Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya :  “Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah : “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.   (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan  ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا  طهرا وكان ربك قديرا

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.  Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya,kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut.  Ya, sebenarnya  boleh  ditambah  atau  dikurangkan    mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

Memberi penghargaan - Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

Bersederhana - Hubungan kelamin @ jima' yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima'. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

Tidak menyebarkan rahsia - Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu."  (Hadith Riwayat Muslim)



Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.   Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
2.   Mandi dan memakai wangi-wangian.

"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan".  (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4.   Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5.   Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6.   Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).  Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
7.  Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8.   Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.
9.  Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud  “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).


B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1.  Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2.   Makruh jima' di bawah matahari atau bulan mengambang.
3.   Makruh jima' selepas solat zohor hingga ke petang.
4.   Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi      buta.
5.  Makruh jima' jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.


Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara' yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama' berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.


C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan

1.  Haram jima' ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran", oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci,  apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)


Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:  "Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid."  'Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).  (Riwayat Bukhari)

2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.  "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya."  (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)
3.  Haram jima' membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4.  Haram jima' dalam masjid / surau.
5.  Haram jima' sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6.  Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7.  Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).


Tambahan

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur. 

Dari Jabir b. Abdulah berkata,  bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata,  Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai". (Surah Al Baqarah - ayat 223)

Bersetubuh @ berjima' dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya.   Rasulullah s.a.w. bersabda:  ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".

Para sahabat bertanya:  Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab: "Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa?  Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala."  (Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima' , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu."  (Hadits Riwayat Baihaqi)
والله أعلم

Rujukan : 

1. http://www.unitagamakmb.com
2. JAKIM

p/s : Untuk bacaan doa yang betul, sila rujuk kepada yang arif tentang bacaan nahu Arab dan tajwid. Di sini hanya disediakan bahan rujukan sahaja. Sekian dimaklumkan.

The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

[Tips] Hubungan Seks Di Malam Pertama

seduce

Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.


Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.


Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta’ yang secukupnya. Isteri didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.
Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya.


Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit. Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara. 


Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.


Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.


Komen: Ia memang sangat sesuai digunakan ketika memasukkan zakar ke dalam faraj isteri buat kali pertama. InsyaAllah sangat nikmat, lagi-lagi jika suami isteri melakukan french kiss ketika proses tusukan zakar ke dalam faraj.

The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

[Tips] Petua Menghadapi Malam Pertama


MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.
Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.

Kisah Pengajaran : Cinta Dan Perkahwinan


Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"

Moral :

 Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

The professional company fboostar provides all the information on buy instagram followers.