Lisa Surihani Dan Juliana Evans Dicalonkan Dalam FHM 100 Anjuran CARLSBERG?


Aku 100% yakin yang Lisa Surihani dan Juliana Evans tidak tahu menahu tentang pencalonannya di dalam FHM 100 Most Wanted yang dibawakan oleh sebuah jenama arak terkenal, Carlsberg. Kalau tak silap mata aku, hanya Lisa Surihani dan Juliana Evans sahaja calon yang beragama Islam di dalam hal ini.
klik gambar untuk besar


Aku pun tak adalah alim sangat. Sekadar alim-alim kucing je. Tapi serious nampak tak sesuai dan kurang sensitivi untuk Lisa Surihani dan Juliana Evans dicalonkan di dalam satu anugerah yang ditaja oleh sebuah syarikat arak. Diharap pihak penganjur dapat menarik balik pencalonan ini.
Kepada pihak pengurusan Lisa Surihani dan Juliana Evans, jika anda terbaca entri ini, sila hubungi pihak FHM dan minta nama anda untuk dibuang daripada pencalonan ini. Itupun kalau anda rasa anda sepatutnya berbuat demikian.

Hukum Kahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina



Assalamualaikum wr.wb.

Saya terus terang saje Ustaz. 

Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu. 

Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:

1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?

2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.

3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya

-Arie-



Jawapan

Semoga Allah merahmati kita semua

1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)

2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.

3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.

Wallahualam.


Sos Jenama HP Sauce Dan Tabasco Mengandungi DNA Babi




IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.
“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.
“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.
Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.
Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.
HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.
Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.
Harian Metro

SimplySiti HALAL - Kenyataan Rasmi JAKIM Terhadap Produk SimplySiti



Masih ingat lagi dengan isu produk SimplySiti yang dikatakan haram? Kalau masih ingat baguslah. Kalau tak ingat atau masih tak tahu apa-apa mengenainya, takpe. Dan setelah beberapa ketika isu itu hangat diperkatakan di laman-laman blog, Facebook dan Twitter, pihak SimplySiti akhirnya mengedarkan kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang kandungannya seperti kat bawah ni.
1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.
2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.
3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).
4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.
5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.
Jadi, dengan kenyataan daripada pihak JAKIM ini jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam. Tiada lagi keraguan.

Jakim Nafi Starbucks Tidak HALAL!



Selama ini, ramai yang masih was-was dengan Starbucks ekoran tersebarnya banyak info mengatakan restoran itu tidak halal dimana minuman yang mereka sediakan mengandungi arak dan bermacam lagi yang meragukan. Terbaru, tersebar pula kat Facebook dan Twitter mengatakan Starbucks tidak pernah mendapat sijil pengesahan halal daripada JAKIM.
Ekoran daripada itu, JAKIM tampil membuat kenyataan sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan Starbucks tidak halal. Berikut kenyataan daripada pihak JAKIM:-
Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Dengan penjelasan daripada pihak JAKIM ini, jelaslah yang Starbucks Malaysia menyediakan minuman halal kepada pelanggan mereka dan selamat untuk diminum.
Boleh check dekat Halal.org kalau tak percaya.

Kenyataan Penuh Dato Siti Nurhaliza Mengenai Produk SimplySiti



Merujuk kepada sebarang lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.
Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.
Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd

Produk SimplySiti Bebas Daripada Babi Dan Dijamin Halal



Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.
Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza
Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.

Mentega 'Golden Churn Creamy Butter' (Kek Lapis Sarawak) SAH mengandungi DNA Babi


Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.



Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.




Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru 
  
Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan. 


Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
  

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.

Berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.




KFC & McDonald Mengandungi Kulit Babi! Senarai Barang, Makanan, Make Up Yang Mengandungi Bahan TIDAK HALAL!





Untuk Renungan Bersama...

Assalamaualikum Tuan dan Puan
Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama
Babi Sudah Jelas Haramnya .....
Perhatian Kepada Semua Umat Islam
Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :

1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut  Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberitahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.  Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.



Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

Sumber : HALAL GUIDE

Benarkah Dalam Sardin Dan Milo Ada Cacing Dan Katak?



Tindakan menyebar berita yang tiada bukti adalah bertentangan dengan perintah ALLAH dan pesanan Nabi. Yang terkini, berita MILO dan Sardin. Kalau cari di Internet, cerita ini telah bertahun lamanya, tetapi baru mula tersebar di Facebook. Walaupun sardin itu bukanlah makanan yang menyihatkan, tetapi sebaiknya kita tidak membuka pintu fitnah dan merosakkan perniagaan orang lain.

Setahu saya, walaupun sesebuah perniagaan itu bukan milik orang Islam terutama perniagaan besar (seperti MILO dan Sardin), namun kebanyakan bahagian kualiti dan pemprosesan sesebuah syarikat dijaga oleh orang Islam.

Satu perkara penting yang perlu diketahui, jikalau kita telah was-was terhadap sesuatu dengan mengatakan ia haram, maka secara automatik ia menjadi haram untuk kita sendiri. Maka sudah tidak boleh mengambilnya.

Bermula dengan cerita palsu malaikat turun ke kaabah, perkataan Salam diharamkan sehinggalah ke kubah masjid terbang sendiri, kini sardin dan milo pula. Persoalannya, mengapa cerita-cerita begini yang tanpa kajian mendalam mudah disebar-sebarkan? Jawapannya hanya satu, was-was telah menguasai diri dan pesanan ALLAH agar tidak percaya kepada khabar angin telah dibelakangi.

Walaupun dua produk di atas bukan produk orang Islam, namun kita perlu menunjukkan etika dan akhlak seorang muslim yang sebenar. Usahawan-usahawan beragama Islam pula tidak boleh mengambil kesempatan terhadap berita tanpa bukti sebegini kerana ia bukan jalan yang terbaik. Usahawan Islam perlu kreatif dan terus berusaha dengan jalan yang terpuji.

MILO dan Sardin adalah dua buah perniagaan besar zaman berzaman dan secara logik mereka tidak akan berbuat begitu. Adalah sesuatu yang merisikokan perniagaan mereka jika mereka mengambil jalan mudah untuk melariskan produk mereka. Lain pula jika pengeluar makanan di kawasan tertentu bersebelahan dengan kandang ba**, itu kita boleh meraguinya. Ini hanya secara logik sahaja kerana kita tiada bukti kukuh untuk mengatakan sesuatu itu haram.

Akhir sekali, bantu promosikan produk-produk keluaran orang Islam selain kita mengatakan itu haram dan ini haram. Islam tidak hanya berdiri di atas mesej haram dan ketegasan semata-mata tetapi juga tertegak di atas mesej bantu membantu. Contohnya, kita sama-sama promosikan produk keluaran orang Islam seperti mana pihak HPA Industries ada mengeluarkan produk Koko Radix dan Sardin dalam tin. Saya tiada apa-apa keuntungan di sini melainkan hanya mahu memberikan contoh sahaja kerana saya adalah salah seorang pengguna produk mereka.


Sebar-sebarkan apa sahaja produk saudara seIslam kita yang baik-baik. Semoga kita mendapat pahala yang berganda-ganda. Untuk mendapat pahala tidak semestinya kita menyebarkan maklumat produk yang haram sahaja, tetapi menyebarkan berita produk halal keluaran orang Islam juga mungkin lebih berganda-ganda pahalanya.


**Boleh copy & paste tulisan di atas dan masukkan dalam FB Notes tuan/puan, blog dan sebagainya.**

  • Entri akan datang saya akan mengupas dan mencari bukti dalam kebenaran email berantai mengenai Dalam Sardin Dan Milo Ada Cacing Dan Katak. Tunggu entri yang terbaru.

Dalam Milo dan Sardin ada Katak dengan Cacing? BACA INI DULU!





Kat facebook tgh kecoh pasal ni.. Disebabkan aku suka milo, aku taknak percaya.. Apa pendapat saudara sekalian? ni aku copy paste sebijik2.. 



Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. 
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. 
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm .. 
Ceritanya macam nie:- 

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ 
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua….. 

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer… 
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam… 

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. . 

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang…. 

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… 
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman…. 
wallahhualam…