Watch Movie Online - Osem2u
banner ad
Home » , , , » [Gambar] Terbaru Ally Iskandar Dan Isteri, Farah Lee

[Gambar] Terbaru Ally Iskandar Dan Isteri, Farah Lee


Diam tak diam, sudah hampir dua bulan juga personaliti TV3, Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee

Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya. 
Sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.
Farah telah meletakkan gambar terbaru mereka ini di blognya. Dari apa yang ditulis oleh Farah, dapatlah disimpulkan yang kehidupannya bahagia sekali. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.