banner ad
Home » , » [Tips] Cara-Cara Penjagaan Kereta Dengan Betul

[Tips] Cara-Cara Penjagaan Kereta Dengan Betul



1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba keliling kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Tiada benda-benda yang melekat pada tayar atau mana-mana bahagian kereta.

2. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup, pastikan lampu ”engine check” padam sebelum hidupkan enjin.

3. Hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin menurun pada kadar RPM yang normal.

4. Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.

5. Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu ketiga. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada paras antara maksimum dan minimum (kalau pakai bateri kering tak yah la).

6. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin) pastikan minyaknya mencukupi.

7. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak perlu berada di paras antara maksimum dan minimum. Kalau bawah daripada minimum masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras tersebut.

8. Dua minggu / sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian tiang B (tiang antara pintu depan dengan pintu belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.

9. Setiap tiga bulan (kalau setiap hari guna kereta) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.

10. Setiap 5000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika guna minyak biasa), tukar penapis minyak setiap dua kali tukar minyak enjin dan tukat plag setiap tiga kali tukar minyak enjin (jika enjin kaburator).

Akhir sekali, setiap minggu, 2 atau 3 minggu sekali basuh dan vakum kereta anda.


0 comments: