Home » , , » Laman Web Ultras Malaya Di Godam Oleh Hackers Singapura Untuk Membalas Dendam

Laman Web Ultras Malaya Di Godam Oleh Hackers Singapura Untuk Membalas Dendam



Nampaknya negara jiran kita, Singapura masih lagi tidak berpuas hati dengan Malaysia disebabkan 'Pemain Malaysia Yang Ori' bermain di atas padang berbanding 'Pemain Import Yang Mereka Miliki' sekarang.. Salah seorang rakyat Singapura telah menggodam Laman Web Ultras Malaya untuk menunjukkan serangan balas terhadap Penyokong "Harimau Malaya" yang menyatakan Pemain Singapura "berlakon" semasa perlawanan yang berkesudahan 1 - 1 di Bukit Jalil.


Haiyaa, sudah menang pun masih tak puas hati lagi ke? Hari tu isteri pasukan Singapura, Hidayah kutuk Safee Sali dan Amirul Hadi sebagai 'Monyet', lepas tu post dekat Facebook cakap Rakyat Malaysia tak pandai Bahasa Inggeris now nak main serang laman web pulak dah?

Petikan daripada Laman Singapura STOMP

Seorang warga Singapura telah menggodam laman web UltrasMalaya.net Malaysia, dengan mendakwa bahawa ia adalah sebagai membalas dendam untuk rakyat Singapura yang sakit hati dengan Malaysia kerana telah mengejek pemain Singapura sebagai 'Pelakon Yang Hebat Di Atas Padang'

Singapura dan Malaysia telah bertemu sebanyak dua kali dalam pusingan kelayakan untuk Piala Dunia 2014. Singapura akhirnya berjaya mengalahkan mereka (Malaysia) 5-3 pada perlawanan pertama dan kemudian perlawanan kedua 1-1 untuk melangkah ke peringkat kelayakan seterusnya. Perlawanan pusingan kedua di antara kedua-dua pihak bertukar tegang apabila peminat Malaysia melancarkan serangan laser hijau tepat pada mata penjaga gol Lions semasa mendapat sepakan percuma.

GPT InDuStRiEs, who claimed responsibility for hacking the site, wrote:

"UltrasMalaya.net hacked for having fans which constantly flame, hack and deface Singaporeans due to the recent Malaysia VS Singapore match.








klik gambar untuk besar.

P/s ; Apa kata dengan Hackers Malaysia? Mungkinkah akan terjadi serangan berbalas? Kita tunggu dan lihat.