banner ad
Home » , , » CAK : Johan Dan Zizan (JOZAN) Dingin Dan Sering Bergaduh?

CAK : Johan Dan Zizan (JOZAN) Dingin Dan Sering Bergaduh?


KUMPULAN Sepah dah pun diangkat menjadi juara Maharaja Lawak (ML). Jozan yang diwakili Johan dan Zizan yang diharapkan menjadi juara, dapat nombor dua.
Di sebalik kemeriahan itu, terkeluar cerita daripada pihak produksi, kononnya Johan dan Zizan tidak sebulu. Perselisihan pula dikatakan bermula ketika mereka menyertai pertandingan ML.

CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan.


Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.

Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa.


Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.



CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya.

Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya.



CAK harap pergaduhan mereka tidak berpanjangan. Cuba buat ‘post-mortem’, bahagian mana yang tak kena dan harap saling bermaafan.

Walaupun gagal bergelar juara, nama mereka berdua dah cukup ‘gah’ dalam industri. Mereka antara ‘produk’ keluaran Raja Lawak paling berjaya dan laris saat ini.


Bagaimanapun, CAK dengar tak lama lagi mereka berdua akan diterbangkan ke London untuk menjalani penggambaran drama di sana. Jika benar, buang yang keruh ambil yang jernih.


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana tak bergelora. Lidah lagikan tergigit, inikan pula dua manusia yang punya hati dan fikiran lain-lain. Ramadan pun semakin hampir, eloklah berdamai.



Sumber :  Metro - Cak Cak..

0 comments: